website trackingwebsite tracking

PTC..PELUANG DAPAT UANG HANYA DENGAN MODAL KLIK

Cara Instan Untuk Verifikasi PayPal !

Selasa, 05 Juni 2012

Rahsia minyak zaitun

Oleh:Dr. Hassan Syamsi Basya

 Pada tarikh 21 April 1997, untuk pertama kalinya dalam sejarah, enam belas pakar perubatan ternama di dunia berkumpul di Rome mengeluarkan kenyataan dan keputusan bersama tentang masalah ‘minyak zaitun dan makanan Mediteranean’.

Para pakar tersebut memaparkan pernyataan mereka dalam sebuah setebal lebih dari 30 halaman.Di sana mereka mendedahkan penelitian ilmiah terbaru mengenai minyak zaitun dan makanan Mediterranean.Di sini kami hanya mengutip sebahagian dari apa yang ada di dalam pernyataan dan keputusan tersebut.Dalam hal itu mereka menjelaskan bahawa makan minyak zaitun mempunyai peranan dalam mencegah penyakit jantung koroner (coronary heart disease), hypertension, diabetes, obesity, dan boleh mencegah beberapa jenis kanser.

Hingga tahun 1986, tidak ada seorang pun para peneliti Amerika dan Eropah yang memperhatikan minyak zaitun.Ketika Dr. Groundi mengumumkan hasil kajiannya pada tahun 1985 bahawa minyak zaitun boleh menurunkan kolesterol darah, pelbagai kajian pun giat dilakukan untuk mengkaji manfaat minyak zaitun.Seiring dengan masa, bermacam rahsia minyak zaitun yang berkat, yang berasal dari pokok yang berkat ini pun akhirnya ditemui satu demi satu.Bagaimana pokok itu tidak berkat jika Allah SWT sendiri telah bersumpah atas nama pokok itu atau atas nama tanah habitatnya dalam firman

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (١) وَطُورِ سِينِينَ (٢) وَهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٱلۡأَمِينِ (٣)

“Demi (buah) Tin dan (buah) zaitun, dan demi bukit Sinai dan demi kota (Mekah) ini yang aman.” (At-Tin(95):1-3)
Dan bagaimana tidak berkat jika Allah SWT telah menyamakan cahaya-Nya dengan cahaya yang berasal dari minyak zaitun dalam firman-Nya:

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang(yang bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkatnya,(iaitu) pokok zaitun yang minyaknya(sahaja) hamper-hampir menerangi, walau tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki dan Allah mengetahui perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”(An-Nur(24):35)

Sebuah pokok yang mengandungi berkat dan minyaknya pun mengandungi berkat! Namun sayangnya, kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Minyak zaitun adalah anugerah pemberian dari langit untuk umat manusia.Orang-orang terdahulu telah mengetahui sebahagian daripada manfaatnya, dan perubatan moden sejak beberapa tahun terakhir menemukan sebahagian manfaat lainnya dan terus berusaha menyingkap manfaat demi manfaatnya.Kajian membuktikan bahawa minyak zaitun boleh mencegah satu penyakit moden, iaitu pembekuan jantung(myocardial coagulum) dan mencegah pengerasan pembuluh darah (arteriosclerosis).Mitos-mitos yang mengatakan bahawa minyak zaitun meningkatkan kadar kolesterol darah pun akhirnya dipatahkan.Ketakutan terhadap kenaikan kadar kolesterol sekian lama mengganggu nyenyaknya tidur kebanyakan orang.Namun kajian mendapati minyak zaitun merupakan musuh kepada kolesterol bukan faktor penyebab kepada terjadinya kenaikan kadar kolesterol.

Orang Amerika kebanyakan iri hati terhadap penduduk kawasan Mediterranean kerana mereka tahu bahawa penyakit jantung koroner lebih banyak terjadi di Eropah Utara dan Amerika Syarikat daripada Itali dan Sepanyol serta negara sekitarnya.

Penelitian mendapati,terjadinya hal tersebut kerana oleh banyaknya pemakaian minyak zaitun oleh penduduk kawasan Timur Tengah dan penggunaan minyak zaitun sebagai sumber utama minyak dalam makanan, menggantikan marjerin, mentega dan yang berspesies/sejenis dengannya.

Buku Heart Owner Hand Book yang diterbitkan Lembaga Penyakit Jantung Texas menyebut sebuah kenyataan:Masyarakat yang menggunakan minyak goreng monounsaturated fats (yang paling terkenal ialah minyak zaitun) dalam makanan mereka sebagai sumber utama minyak memiliki kelebihan berupa kurangnya kes penyakit jantung koroner di antara mereka.Bagi masyarakat Yunani, Itali, Sepanyol minyak zaitun menjadi bahan utama minyak dalam makanan mereka.Dapat dilihat bahawa masyarakat di sana memiliki risiko terkecil dalam mengidap penyakit jantung koroner dan kanser payudara di seluruh dunia.Tidak hanya itu, orang-orang Amerika yang menerapkan pola makan seperti orang Eropah kawasan Mediterranean pun jarang terkena penyakit pembuluh jantung.
http://budakbuas.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

GRATIS PLUS HADIAH

Hosting Gratis